Jemaah Umrah Dah Boleh Guna Pos Malaysia Hantar Bagasi Pulang

TERKINI
December 31, 2019 - 01:49 PM


Ini khabar gembira untuk semua bakal jemaah umrah Malaysia!

Kalau sebelum ini para jemaah hanya boleh menghantar barangan dalam bentuk kurier sahaja, termasuk cenderamata dan air zam zam, ke tanah air melalui pos kerana tidak digalakkan dimasukkan dalam bagasi ---sekarang dah tak perlu risau, bagasi pun dah boleh pos balik Malaysia!

Bermula 1 Januari 2020, Pos Malaysia Bhd menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanahair kepada jemaah umrah bagi memudahkan urusan mereka.

Menerusi perluasan pekhidmatan bagasi ini, jemaah Malaysia kini mempunyai pilihan yang lebih mudah dan tanpa ragu untuk mengirim balik barangan mereka ke tanahair.

Ia sekaligus dapat membantu jemaah mengurangkan beban serta mengelakkan daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal.



Pos Malaysia mengenakan caj SR/RM20 bagi setiap kilogram untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan SR/RM25 bagi setiap kilogram ke Sabah dan Sarawak.

Malah, 2 pilihan cara pembayaran turut disediakan iaitu -- secara tunai dalam matawang Riyal Saudi bagi penghantaran dari Mekah dan Madinah atau melalui kaedah bayar waktu terima sebaik sahaja barangan diterima di Malaysia.


Selain itu, perkhidmatan pembungkusan juga disediakan bagi pelanggan yang memerlukan pembungkusan barangan dalam kotak dengan caj bermula dari SR8 untuk kotak saiz kecil, SR10 untuk kotak saiz sederhana dan SR12 untuk kotak saiz besar.

Buat sementara waktu, Pos Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengambilan secara temujanji melalui panggilan sehingga kaunter tetap disiapkan.

Sumber: Bernama
 

Destination: