Jom Jalan-Jalan Pusing KL Dengan Pas MyCity Tanpa Had

TERKINI
July 01, 2020 - 01:28 PM


Bagi korang yang ada rancangan untuk jalan-jalan di ibu kota Kuala Lumpur dan tidak mahu memandu sendiri bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan trafik -- korang boleh mendapatkan "Pas MyCity", pas perjalanan tanpa had 1 hari dan 3 hari untuk semua perkhidmatan rel serta bas Rapid KL.

Pas MyCity kini boleh didapati dengan harga RM5 untuk 1 hari dan RM15 untuk 3 hari.

Diskaun tambahan ini tidak termasuk harga kad Touch ‘N Go bernilai RM5, serta RM 5 nilai dompet minimum yang perlu ada di dalam kad Touch ‘N Go.

Pas ini boleh didapati di semua 122 stesen LRT, MRT, Monorel dan bas Rapid KL.

Diskaun tambahan Pas MyCity ini boleh dinikmati bermula hari ini, 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

Tawaran pas tanpa had ini diharap dapat merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta membantu pelancong tempatan menikmati perjalanan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang lebih selesa.

Sumber: PRASARANA

 

Destination: