Jom Tengok Konsert Live Katy Perry Di Lazada Super Party Jumaat Ini!

TERKINI
March 24, 2021 - 04:31 PM


Sempena sambutan ulangtahun mereke yang ke-9, platform eCommerce terkemuka Asia Tenggara, Lazada bakal mengadakan Lazada Super Party, konsert maya yang akan disiarkan di 6 negara pada 26 Mac ini (Jumaat), 9 malam. 

Baru-baru ini, Lazada mengumumlan barisan bintang-bintang yang bakal menggegarkan konsert maya tersebut, antaranya adalah penyanyi, dan penulis lagu global yang telah memenangi pelbagai anugerah, Katy Perry, dan NCT Dream, boyband dari Korea yang digilai ramai. Turut akan berkongsi pentas yang sama adalah beberapa bintang tempatan seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani, dan Misha Omar, dan banyak lagi. 

Konsert maya yang dipenuhi dengan keseronokan, dan persembahan yang hebat-hebat ini bakal menemani pengguna yang menunggu countdown kepada Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada yang akan bermula pada tengah malam 27 Mac ini. 

Kalau korang nak tengok konsert maya eksklusif yang akan dipenuhi dengan bintang-bintang yang hebat ini, korang boleh tengok dari dalam aplikasi Lazada di LazLive, atau korang boleh juga tengok di Astro Ria, TV3, dan juga platform media sosial. 

Konsert maya tahun ini bakal membawa tema "Everyday Heroes" sebagai penghormatan kepada para barisan hadapan, dan pekerja Perkhidmatan Perlu (Essential Services) yang telah berpenat lelah sepanjang pandemik. 

Antara lain, Lazada Super Party menawarkan 'hujan baucar' bernilai sehingga RM100,000 untuk direbut dan hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan, Sabtu ini.