Tak Lama Lagi Produk Pelancongan Melaka Boleh Ditempah Di Lazada & Shopee Je!

TERKINI
December 09, 2020 - 06:03 PM


Ini ada berita baik kepada korang yang suka melancong ke Melaka!

Selepas ini jika korang ingin menempah sebarang produk pelancongan daripada negeri Melaka, korang boleh dapatkannya di platform jualan dalam talian Lazada dan Shopee.

Menurut laporan Bernama -- Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata inisiatif itu dijangka dapat meningkatkan jualan pengusaha selain memperluas pasaran jualan.

"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka telah membawa dua operator jualan dalam talian iaitu Lazada dan Shopee untuk bertemu dan memberi taklimat berkaitan usaha berkenaan sekitar 10 hari lepas.

"Pertemuan itu melibatkan kira-kira 70 pengusaha dan penggiat sektor pelancongan dan mereka juga diberi penerangan bagaimana untuk mendaftarkan produk pelancongan mereka di bawah platform itu," katanya pada sidang DUN Melaka.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jenis produk pelancongan atau perkhidmatan yang akan ditawarkan menerusi kedua-dua platform e-dagang tersebut.

Keputusan untuk menjual produk pelancongan Bandar Bersejarah itu adalah selaras dengan perkembangan terkini perniagaan masa depan iaitu perniagaan dalam talian yang kini mendapat sambutan tidak kira peringkat usia pembeli.

Sumber: Bernama

Destination: