Jururawat Ditumbuk Kerana Suntik Vaksin Terhadap Isteri Tanpa Izin Si Suami

TERKINI
September 24, 2021 - 02:32 PM


Mereka yang menolak vaksin ini memang tak boleh bagi muka kalau keterlaluan. Insiden yang berlaku di Kanada dimana Polis mencari seorang lelaki yang menumbuk seorang jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada isterinya tanpa kebenarannya. Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku pada Isnin lalu di Sherbrooke, tenggara Montreal, Quebec.

Difahamkan bahawa lelaki itu datang ke farmasi tersebut dan terus menumbuk seorang jururawat di sana. Memetik laporan Reuters, jurucakap polis memberitahu media bahawa lelaki itu memasuki premis farmasi tersebut dan berteriak dengan marah.

Polis mengatakan lelaki itu marah kerana jururawat menyuntik vaksin COVID-19 kepada isterinya tanpa kebenarannya. Sehingga kini tidak jelas adakah suspek menentang program vaksinasi atau adakah isterinya telah disuntik di farmasi.

Protes anti vaksin meningkat di seluruh Kanada menjelang pilihan raya persekutuan diadakan minggu ini. Perdana Menteri Justin Trudeau mengecam penunjuk perasaan anti vaksin kerana menyasarkan hospital dan pekerja kesihatan.

Kes yang hampir sama terjadi di Malaysia awal bulan ini apabila seorang lelaki telah bertindak melafazkan cerai ke atas isterinya di media sosial disebabkan pasangannya itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Difahamkan bahawa lafaz cerai itu dibuat di laman Facebook, dan isterinya telah mendapatkan khidmat nasihat peguam syarie. Peguam terbabit memberitahu Harian Metro bahawa suami melarang isterinya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 tanpa dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

Melalui peguam terbabit, difahamkan bahawa ini bukanlah kes pertama dan terdapat empat kes berkaitan dengan isu yang sama diterimanya sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19 dan keperluan rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

Destination: