Kebakaran Hutan Australia, Wisma Putra Saran Tangguh Perjalanan

TERKINI
January 03, 2020 - 11:24 AM


Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan supaya perjalanan ke beberapa kawasan di Australia ditangguh sehingga situasi kembali terkawal.

Nasihat perjalanan ini ditujukan kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Australia yang sekarang ini berdepan dengan situasi kebakaran hutan yang menjejaskan banyak kawasan di Australia terutamanya bahagian timur negara berkenaan.

Oleh itu, sebarang perjalanan yang tidak penting dinasihatkan supaya ditangguh sehingga situasi ini kembali terkawal dan pulih.

Selain kawasan New South Wales, antara kawasan lain yang dikatakan teruk terjejas adalah Victoria dan Australia Capital Territoty (ACT).

Menurut Wisma Putra lagi, rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas diminta untuk menitikberatkan aspek keselamatan dan sentiasa mengikuti arahan – arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sekiranya perlukan bantuan konsular, boleh berbuat demikian di :

 

HIGH COMMISSION OF MALAYSIA IN CANBERRA

7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia

Telephone: +612 61200300/ 310 or +614 16334901

E-mail: [email protected]

 

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA IN MELBOURNE

Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia

Telephone: +613 9573 5400 or +61 434 950 600

Email: [email protected]

 

CONSULATE OF MALAYSIA IN SYDNEY

67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia

Telephone: +61 02 9327 7596 or +61 02 9327 7565

Email: [email protected]

Destination: