Kecoh! Netizen Persoal Youtuber Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian!
TERKINIAntara youtuber yang paling terkenal di negara kita iaitu Isa Isarb sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial. Terbaharu, Isa Isarb telah memuat naik video cabaran RM10,000 yang dianjurkannya. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen disebabkan oleh penaja untuk video itu.
Teruk sangat dah mamat Isa Isarb ni,
— uzair yusof (@uzairyusof) April 26, 2022
Sampai terima company judi untuk sponsor video mereka.
Ini bukan iklan youtube, tapi memang dia sebut video di sponsor oleh M88.
Dia selidik tak M88 ni buat apa? Ke main terima sesiapa untuk sponsor?
Bawah ni dalil: pic.twitter.com/1bUfcrl1aj
Menerusi video itu, Isa Isarb mengatakan video itu telah ditaja oleh syarikat M88 dan ada netizen mendakwa bahawa ia syarikat perjudian. Secara tidak langsung, Isa Isarb telah mempromosikan syarikat perjudian kepada pengikutnya.
Lantaran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan YouTuber tersebut kerana menerima tajaan dan mempromosikan syarikat itu. Malah, ada juga netizen bimbang bahawa anak muda akan terpengaruh dengan perjudian apabila melihat promosi yang dilakukan oleh Isa Isarb.
Rata-rata netizen juga menasihati Isa Isarb agar menyemak dahulu syarikat yang mahu memberikan tajaan kerana ia berkaitan dengan hukum halal dan haram. Sebagai YouTuber, seharusnya konten yang diberikan perlu mengandungi nilai yang baik agar bermanfaat bukan sebaliknya.
Sumber: The Vocket