Kelantan Had Operasi Kedai Makan Hingga 12 Malam Sahaja

TERKINI
October 23, 2019 - 12:07 PM


Bagi mengekang dan mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, kerajaan negeri Kelantan dalam perancangan untuk menghadkan operasi kedai makan menjelang tahun hadapan.

Inisiatif ini bakal meliputi kesemua gerai, warung mahupun restoran yang ada di negeri Kelantan dan mulai tahun 2020, kesemua kedai makan ini akan dihadkan waktu operasi sehingga jam 12 malam sahaja.

Menurut MB Kelantan, Ahmad Yakob, kajian yang dilakukan mendapati punca remaja atau golongan muda sering keluar rumah pada waktu malam adalah kebanjiran restoran yang beroperasi melebihi jam 12 malam.

Walaupun terdapat faktor lain menjadi punca gejala sosial, pihak kerajaan Kelantan cuba menjadikan beberapa negara maju yang menutup kegiatan perniagaan mereka pada waktu malam kecuali premis tertentu sebagai contoh dan ini merupakan usaha pihak kerajaan Kelantan dalam menepis dan mengurangkan punca berlakunya gejala sosial.

 

Destination: