Kerbau Sesat Cuba ‘Check-In’ Hotel Ditembak Mati Di Melaka

TERKINI
November 14, 2019 - 11:12 AM


Pegawai Jabatan Veterinar Negeri Melaka terpaksa menembak seekor kerbau seberat 700kg selepas kerbau berkenaan yang disyaki tersesat dan merosakkan harta benda sekitar Jalan Tan Cheng Lock.

Menurut laporan, seorang saksi terlihat kerbau ini didalam sebuah hotel pada jam 7.20 pagi semalam (Rabu). Tambahnya lagi, pekerja di hotel berkenaan panik lalu terjun dari tingkat dua hotel berkenaan.

Jabatan Veterinar dipanggil ke tempat kejadian dan telah mengosongkan kawasan sekitar dengan bantuan beberapa agensi lain sebelum menembak mati kerbau jantan berkenaan.

Menurut pihak polis, kerbau berkenaan kemudian dibawa ke rumah penyembelihan di Jasin.

Dipercayai, kerbau tersebut telah tersesat masuk ke kawasan Jonker pada pagi rabu dan mungkin kerana takut, ia mengamuk dan mula merosakkan harta benda.

Pengurus hotel Casa De Rio mengesahkan beberapa aset hotel berkenaan rosak selepas kerbau jantan berkenaan memasuki hotel pada jam 6 pagi. Menurut rakaman CCTV, jelas menunjukkan haiwan berkenaan panik.

Cubaan menenangkan dan menangkap kerbau jantan tersebut sebelum itu gagal kerana ia terlalu panik dan mengamuk. Difahamkan beberapa anggota bomba tercedera ketika cuba menangkap haiwan seberat 700 kilogram tersebut.

Risau akan keselamatan orang awam, pihak veterinary terpaksa menembak mati kerbau tersebut.

video credit : The Star

Destination: