Kes COVID-19 Di China Makin Menurun, Sebahagian Shanghai Disneyland Dibuka Semula
TERKINISebahagian resort Shanghai Disneyland kembali beroperasi semula pada Isnin tetapi terhad untuk aktiviti membeli-belah, sajian makanan dan rekreasi yang terdapat di Disneytown, Wishing Star Park dan Hotel Disneyland, lapor agensi berita Xinhua.
Shanghai Disneyland kekal ditutup sementara sehingga diberitahu kelak, memetik kenyataan akhbar pusat peranginan itu.
Setiap lokasi yang dibuka semula itu adalah terhad dan waktu operasi turut dipendekkan.
Semua langkah pencegahan komprehensif akan dititikberatkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung serta pekerja.
Setiap pengunjung perlu menjalani prosedur pemeriksaan suhu badan, memakai topeng muka dan mengemukakan Kod QR Kesihatan semasa memasuki restoran.
Shanghai Disneyland mengumumkan penutupan sementara pada akhir Januari, ekoran penularan wabak COVID-19.
Sumber: Bernama