COVID-19: Jepun Gantung Visa Dari 11 Negara Lagi, Termasuk Malaysia

PANAS
April 01, 2020 - 12:01 PM


Angkara wabak COVID-19, majoriti negara di dunia telah menutup pintu masuk dan keluar masing-masing daripada kemasukan warga asing.

Tidak terkecuali Malaysia yang telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

Terbaharu, Jepun juga dikatakan telah menyekat kemudahan visa terhadap 11 negara di Asia Tengara, Timur Tengah dan Afrika, bermula 28 Mac lalu berikutan penularan koronavirus yang semakin meningkat di negara matahari tersebut.

Antara negara yang terlibat dengan sekatan visa itu ialah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Israel, Qatar, Bahrain, Republik Demokratik Congo dan juga Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan Jepun sudah menggantung visa terhadap 40 negara lain termasuk China, Korea, Iran, Arab Saudi dan Eropah.

Malah penggantungan yang sepatutnya berakhir pada akhir Mac itu juga dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan April.

Sumber: NHK

Destination: