Memang Terbaiklah Dokumentari Dari KKM Ni, Korang Wajib Tengok!

TERKINI
August 28, 2020 - 09:36 AM


Siapa sangka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan dokumentari yang mengisahkan tentang usaha mereka untuk membebaskan Malaysia dari wabak COVID-19. Banyak cabaran dan dugaan yang dilalui oleh rakyat Malaysia pada tahun 2020 ni. Dan dokumentari ini menunjukkan apa yang terjadi disebalik tabir Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

 

 

Video tersebut telah di postkan di akaun Twitter DG Hisham sendiri pada awal hari ini. Memang menyentuh hati betul video ni. Lagi-lagi bila lihat macam man frontliners handle pesakit-pesakit COVID-19. Kita seolah-olah dapat rasa kesakitan bila dijangkiti wabak tu. 

Video ni menunjukkan bahawa jentera melawan dan membanteras wabak COVID-19 ni sangat besar dan melibatkan ramai orang. Orang awam mungkin tak faham dengan situasi harian yang dihadapi oleh frontliners kita. Perumpamaan yang kita dapat lihat adalah DG Hisham ni merupakan panglima besar dan mempunyai pendekar, hulubalang, dan juga askar bagi melawan virus ini. 

Dan kata-kata DG Hisham pada hujung video memang mengharukan.

"Terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini"

 

Ya, walaupun ada segelintir rakyat yang degil tapi majoritinya memberi kerjasama kepada KKM dan pihak berkuasa dalam memerangi wabak COVID-19 ni. Kita patut bangga dengan pencapaian kita setakat ni, tapi kita juga harus berwaspada agar kita tidak jatuh semula dibawah. Jaga SOP, pakai mask, kita jaga kita!

 

Sumber: Berita Harian

Destination: