11 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton Filem Black Panther

TERKINI
February 26, 2018 - 12:37 PM


WALT Disney Co’s dan Marvel Entertainment telah menerbitkan filem aksi adiwira terbaru berjudul Black Panther dan mula ditayangkan di Malaysia pada hari ini. Filem berkisahkan tentang seorang raja yang memerintah dan melindungi negara daripada kuasa asing itu telah membuat ramai ternanti-nanti dengan kemunculan filem ini.

Berikut adalah 11 fakta menarik yang perlu anda ambil kisah sebelum pergi menonton di pawagan-pawagam yang terdekat.

#1. Komik bersiri pada Julai 1973.

Komik bersiri The Black Panther telah diperkenalkan oleh Stan Lee dan Jack Kirby pada Julai 1966. Diterbitkan oleh Marvel, watak itu membuat kemunculan pertama mereka sebagai tetamu dalam Fantastic Four #52-53 serta dalam Jungle Action #5 pada Julai 1973.

#2. ‘Black Panther’ bukan sekadar tajuk.

Walaupun Black Panther adalah tajuk komik dan filem, namun Black Panther adalah sebuah kisah mengenai wira dan pemimpin negara fiksyen Wakanda.

#3. Wakanda sebuah negara Afrika.

Wakanda adalah sebuah negara kecil yang terletak di bahagian timur benua Afrika dan tidak dimiliki oleh kuasa-kuasa Eropah. Dengan sumber semula jadi dan sistem politik pribumi membolehkan negara itu berkembang maju dengan teknologi, infrastruktur dan sebagainya.

#4. Vibranium sumber kekuatan untuk Wakanda.

Vibranium adalah salah satu bahan metal paling kuat di dunia yang pernah digunakan Captain America. T’Challa, pemimpin negara Wakanda telah membuat baju peperangan Black Panther daripada bahan tersebut untuk mempertahankan dirinya.

#5. Pemimpin yang bijak.

Sama seperty Tony Stark dalam Iron Man, T’Challa memiliki pengetahuan yang luar biasa. Bahkan beliau mempunyai kelulusan dari Oxford University. Banyak ciptaan teknologi yang dihasilkan daripada bahan vibranium.

#6. T’Challa adalah ketua suku Panther.

T’Challa, anak T’Chaka dan N’yami merupakan pewaris takhta bagi suku Panther. Setelah kematian T’Chaka, T’Challa mengambil alih sebagai pemimpin Wakanda dan ketua suku Panther.

#7. Kisah keluarga yang menarik.

Keluarga T’Challa termasuk ibunya, Ramonda dan kakaknya, Shuri turut berjuang bersama-sama memerintah negara itu. Keluarga beliau juga ada yang berkhidmat sebagai ketua ketenteraan, penasihat, dan sebagainya.

#8. T’Challa berkahwin dengan Storm of X-Men.

T’Challa berkahwin dengan Ororo Munroe, atau lebih dikenali sebagai Storm of the X-Men dan menjadikan beliau sebagai ratu Wakanda. Sebelum ini, T’Challa juga pernah mengadakan hubungan dengan penyanyi jazz bernama Monica Lynne.

#9. Masyarakat Wakanda yang bekerjasama.

Walaupun diperintah oleh raja-raja, masyarakat negara itu sangat menghormati pemimpin mereka. Dora Milaje, seorang perempuan kulit hitam merupakan pengawal peribadi T’Challa yang telah dilatih khas untuk membantu T’Challa sepanjang masa.

#10. Ubah persepsi orang kulit hitam.

Pengenalan Black Panther dalam dunia komik dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap orang kulit hitam. Dengan kemunculan watak T’Challa, ia dapat membuktikan bahawa orang Afrika-Amerika juga berkebolehan dalam membina tamadun seperti bangsa-bangsa lain di dunia.