
Kos Perubatan Di US, Australia Paling Mahal Jika Sakit Semasa Percutian
TERKINISebuah agensi berita New Zealand, NZ Herald baru – baru ini telah menyenaraikan 10 negara ‘mahal’ sekiranya sakit ketika travel.
Seperti yang dijangkakan, USA mendahului senarai dengan lambakan pusat perubatan swasta dan ini diikuti oleh Australia.
Menurut laporan berkenaan, purata bil perubatan untuk seorang pelancong adalah rendah di kebanyakan negara lain iaitu sekitar USD555 atau RM2,300 dan difahamkan tuntutan insurans tertinggi yang dibuat oleh pelancong adalah disebabkan mereka perlukan lebih masa di wad untuk proses pemulihan selain perlukan bantuan perubatan dalam perjalanan pulang.
Berikut adalah 10 negara dengan kos perubatan paling mahal untuk pelancong :
1. USA
2. Australia
3. Italy
4. Israel
5. United Kingdom
6. China
7. Indonesia
8. Canada
9. Spain
10. Thailand
Kalau nak diikutkan, faktor berkaitan perubatan ini merupakan ‘mimpi ngeri’ sesiapa sahaja yang melancong keluar negara. Cuba bayangkan, mendapatkan rawatan di hospital swasta di negara ini pun sudah menelan belanja yang banyak, apatah lagi sakit di tempat orang.
Sebagai langkah berjaga – jaga, dinasihatkan mereka yang ingin keluar negara untuk mendapatkan insurans perjalanan atau travel insurans selain insurans kesihatan yang sedia ada. Selain itu, pastikan dan fahamkan dengan betul jenis dan liputan insurans yang diambil.