Kumpulan Hak Asasi Manusia Desak Thailand 'Simpan' Sajat

TERKINI
September 24, 2021 - 09:58 PM


Kumpulan Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch mendesak Thailand untuk tidak menghantar pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat ke Malaysia. 

Wakil Pengarah Human Rights Watch di Asia mempertahankan supaya individu itu tidak dihantar pulang ke Malaysia dalam keadaan apa sekalipun. 

“Sajat perlu dihantar ke negara yang menawarkan perlindungan hak asasi manusia dan bukan dianiaya jika dihantar ke Malaysia,” katanya.

Muhammad Sajjad ditahan pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah pada 8 September lalu.

Dia kemudian dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

Dia dikehendaki pihak berkuasa Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.