Selamat Tinggal Tesco, Sekarang Ni Nama Mereka Adalah Lotuss Stores

TERKINI
February 16, 2021 - 11:10 AM


Nampaknya zaman Tesco sudah sampai ke penghujung jalan. Siapa sangka nama Tesco akan ditukar ke Lotus's Malaysia baru-baru ini. Korang jangan risau, supermarket tu masih lagi Tesco cuma namanya sahaja yang ditukar. Perkara ini mendapat perhatian dari netizen yang pergi membeli barang semalam apabila mereka menerima flyer yang mewartakan pertukaran nama tersebut.

Tapi kenapa tukar nama? Untuk korang yang tak tahu, pada tahun lepas Tesco Stores (Malaysia) telah dijual kepada syarikat Charoen Pokphand (CP) Group di Thailand. Berdasarkan info dari Facebook official Tesco Malaysia, pertukaran nama / rebranding ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2021. Seperti yang dijangka, berita ini membuatkan ramai netizen di luar sana sedih dan kecewa.

Ini kerana produk asli Tesco seperti nugget dan makanan sejuk lain diterima baik oleh pengguna. Malah ramai dalam kalangan mereka yang lebih menggemari produk Tesco berbanding jenama besar lain di luar sana. Walaupun tiada pengesahan bahawa produk itu tidak akan dijual lagi, kebiasaannya bila rebranding ni management akan ditukar, sama juga dengan supplier.

Jadi apa pendapat korang mengenai pertukaran nama ini? Sebenarnya ini adalah perkara biasa dalam kalangan supermarket Malaysia. Sebelum ini pun Carefour ditukar nama kepada AEON Big. Sama juga dengan Jaya Jusco yang ditukar nama kepada AEON Mall. Jadi jangan sedih-sedih okay? Kita tunggu pengumuman dari Lotuss sama ada produk Tesco masih dijual lagi atau tidak.

Sumber: Tesco Malaysia

 

Destination: