Kehilangan Jualan Sebanyak 90%, Pusat Beli Belah Malaysia Bakal Hilang Penyewa Kekal Menjelang Disember

TERKINI
August 14, 2021 - 08:21 AM


Berita yang agak menyedihkan kepada semua, bukan sahaja kerana kita mungkin akan melihat suasana pusat membeli belah yang berbeza selepas pandemik ini, malah ramai yang berkhidmat di sektor peruncitan akan terkesan, dan mungkin lebih ramai yang akan kehilangan pekerjaan. 

Melalui sebuah tinjuan, lebih banyak pusat beli belah dilaporkan akan terpaksa berhadapan dengan penutupan kekal ada hujung tahun ini kerana menanggung kehilangan jualan sebanyak 90% dek kerana PKP yang berpanjangan bermula bulan Mac 2020 lagi. 

Persatuan runcit Malaysia berkata sebuah tinjauan yang dijalankan dengan Stratos Pinnacle SB berkata hanya 10 hingga 20 peratus penyewa sahaja yang dapat beroperasi sepanjang tahun ini. 60% pusat membeli belah seluruh Malaysia melihat penutupan premis kekal sebanyak 10 peratus, namun jika berlarutan, 66% pusat membeli belah dijangka melihat 10-30 peratus penutupan kekal premis. 

Bilangan pengunjung ke pusat membeli belah juga telah surut ke kurang daripada 10 peratus dan kejatuhan tersebut adalah konsisten di setiap pusat membeli belah dalam negara menyebabkan kebanyakan penyewa berdepan dengan kepayahan untuk membayar sewa. 

Turut dititikberatkan, 14 peratus pusat beli belah seluruh negara terpaksa melepaskan kebanyakan pekerja dan hanya mengekalkan sebanyak 10-20 peratus kakitangan.