"Sesama Muslim Pun Nak Dengki" - Rupanya Ada Orang 'Panas Punggung' Report Malakat Mall Buat Solat Jemaah Terbuka Di Ruang Legar

TERKINI
June 22, 2023 - 03:53 PM


Korang tahu tak bahawa di Cyberjaya sebenarnya terdapat sebuah pusat beli-belah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia menganjurkan solat jemaah secara terbuka di tengah-tengah perkarangan mall?

Pusat beli-belah yang dimaksudkan adalah Malakat Mall kepunyaan Bumiputera Islam dan memulakan operasinya sejak 13 Mac 2020.

Bagaimanapun baru-baru ini ada satu laporan yang agak kurang enak didengar apabila terdapat individu Melayu Islam yang 'panas punggung’ melihat pengunjung Malakat Mall menunaikan solat jemaah secara terbuka di tengah-tengah mall berkenaan.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama M.n. Adzhar -- dia mendakwa ada individu yang sanggup membuat laporan ke Pejabat Mufti hanya kerana Malakat Mall membenarkan individu solat secara terbuka di ruang lobi berkenaan.

Malakat Mall sememangnya menyediakan satu ruang terbuka di kawasan lobi untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah setiap kali azan berkumandang.

“Cabaran Malakat Mall yang pelik-pelik. Buat solat jemaah di lobi utama mall, diadukan kami kepada Pejabat Mufti Negeri.

“Datanglah pegawai Mufti dan kami terangkan alasan kami dan mereka terima. Yang buat report tu Muslim ya sahabat-sahabatku sekalian,” tulisnya di Facebook.

Sekadar info, Malakat Mall ditubuhkan untuk mengetengahkan barangan keluaran Islam dan bumiputera, rentetan daripada isu produk keluaran muslim yang ‘dianaktirikan’ dan kurang mendapat sambutan di pasar raya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi sokongan kepada Malakat Mall untuk terus menjalankan konsep solat terbuka dan tidak menghiraukan laporan-laporan daripada mereka yang panas hati atau mempertikaikan inisiatif tersebut.

“Orang “Melayu Islam” ni baru pindah Malaysia ke tuan? Malakat Mall dah lama buat solat berjemaah di ruang legar/lobi. Apalah manusia macam ni,” komen pengguna Facebook.

“Buatlah yang terbaik. Berdakwah dan perjuangkan Islam. Siapa nak report biarkan, Allah Maha Adil,” komen yang lain

Destination: