Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta Bakal Beralih Sepenuhnya Ke Kulon Progo
TERKINILapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto Yogyakarta selepas ini tidak lagi digunakan untuk penerbangan antarabangsa mahupun domestik, sebaliknya semua penerbangan ke Yogyakarta akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulon Progo yang bakal beroperasi sepenuhnya 29 Mac 2020.
Menurut kenyataan yang kami terima dari pihak Lion Air, semua penerbangan Lion Air dengan kod (JT) serta penerbangan Batik Air (ID) bakal beralih ke Bandar Udara Internasional Yogyakarta Kulonprogo (YIA) dan ianya bakal berkuatkuasa 29 Mac 2020.
Perpindahan ini difahamkan akan melibatkan semua penerbangan domestik dan antarabangsa dari syarikat penerbangan lain juga yang dijangkakan dapat meningkatkan bilangan pelancong ke Jogja kerana YIA ini mampu menampung sehingga 20 juta orang penumpang setiap tahun.
Selain itu, YIA dikhabarkan mampu menerima pesawat yang lebih besar dengan adanya landasan yang lebih panjang dari apa yang ada di Adisutjipto.
Jadi, kalau anda mahu ke Jogja selepas ini, kod airpotnya adalah YIA, bukan lagi JOG.