Lexis Hibiscus Port Dickson Dinobat 'Tempat Perkahwinan Terkemuka Dunia'!

TERKINI
December 13, 2019 - 11:59 AM


Siapa yang tak mengimpikan untuk mengadakan perkahwinan di sebuah destinasi yang indah dengan berlatar belakangkan birunya lautan?

Sebab itulah ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan impian mereka di Bali, Phuket, Miami dan Maldives.

Tapi tahukah anda bahawa di Negeri Sembilan terdapat sebuah lokasi perkahwinan yang gah dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai "Tempat Perkahwinan Terkemuka di Dunia"!

Anugerah itu dinobatkan kepada Lexis Hibiscus Port Dickson pada peringkat akhir Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) di Muscat, Oman baru-baru ini.

Resort atas air yang popular itu kini menjadi destinasi perkahwinan terbaik dengan pakej lokasi menarik iaitu pantai berpasir yang indah, air laut kebiruan yang menakjubkan, pelbagai pilihan tema perkahwinan serta khidmat perancang perkahwinan profesional yang hebat-hebat belaka.

Kredit : sihhanlimphotography.com

Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai pelbagai pilihan untuk semua jenis majlis perkahwinan, daripada tradisional Melayu sehingga perkahwinan ala Barat, majlis klasik Cina dan perkahwinan masyarakat India.

Malah, pihak resort juga menawarkan majlis perkahwinan yang paling indah untuk pasangan mencipta kenangan manis sekali dalam seumur hidup mereka, di samping menyediakan percutian mewah di atas 'Bunga Raya' terapung yang memukau pemandangan.

Info Lexis Hibiscus Port Dickson

• Lokasi: Batu 12, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

• Jarak 120 Kilometer dari Kuala Lumpur.

• 643 kolam renang peribadi di setiap bilik penginapan (terbanyak di dunia).

• Memegang rekod dunia dengan 522 vila atas air (terbanyak di dunia).

• 117 bilik menara dilengkapi kolam renang peribadi.

WTA ditubuhkan pada tahun 1993 bertujuan mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan di semua sektor industri pelancongan.

Sumber: Bernama

Destination: