Switzerland Negara Paling Selamat Di Dunia Untuk Pelancong

TERKINI
February 25, 2020 - 11:58 AM


Bila bercakap soal nak menentukan negara mana yang korang lebih prefer untuk travel, mesti bermacam faktor yang akan diteliti dan pastinya tahap keselamatan sesebuah lokasi yang ingin dikunjungi itu terpaling utama!

Baru-baru ini, sebuah laman web yang membuat perbandingan insurans perjalanan iaitu Insurly telah membuat sebuah kajian untuk menentukan negara mana yang paling selamat dikunjungi bagi tahun 2020 bagi pelancong dan jawapannya adalah SWITZERLAND.

Selepas mengambil kira data mengenai kekerapan bencana alam, kualiti sistem penjagaan kesihatan, tahap jenayah serta ancaman pengganas, Switzerland berjaya mengumpul skor tertinggi iaitu sebanyak 93.4 daripada 100 markah keseluruhan.

Oleh itu, Switzerland dinobatkan sebagai destinasi travel paling selamat di dunia bagi golongan pelancong!

Selain itu, faktor yang turut diambil kira dalam penilaian berkenaan adalah tahap risiko atau bilangan pelancong yang terbunuh atau cedera di jalan raya serta kekerapan syarikat penerbangan disenarai hitam oleh Suruhanjaya Eropah.

Berada di tangga kedua adalah Singapura yang mendapat skor 92.7 dan sekaligus menjadi negara Asia paling selamat di dunia.

Berikut senarai top 10 negara paling selamat untuk pelancong lawati sepanjang tahun 2020 ini :-

1. Switzerland

2. Singapura

3. Norway

4. Luxembourg

5. Cyprus

6. Iceland

7. Denmark

8. Portugal

9. Finland

10. Jepun

 

**P/S: Bagaimanapun, disebabkan kes penularan wabak COVID-19 yang masih baru dan belum lagi reda, data mengenainya tidak termasuk dalam kajian ini.

 

 

 

 

Destination: