Maklumat Dan Spesifikasi Peranti Huawei Mate 40 Telah Dibocorkan, Dan Ramai Yang Excited Dengan Phone Ini

TERKINI
October 19, 2020 - 12:27 PM


Huawei Mate 40 akan dilancarkan tidak lama lagi dan merupakan antara jenama terakhir yang akan dilancarkan pada tahun 2020 ini. Untuk korang yang tak tahu, ini merupakan peranti terakhir oleh Huawei yang akan menggunakan processor Kirin. Dan baru-baru ini, Roland Quandt telah mengeluarkan gambar ‘leak’ terbaru peranti Huawei Mate 40.

Mengikut gambar yang diberikan, Huawei Mate 40 masih lagi mengekalkan design kamera bulat di belakangnya, berlainan dari kebanyakan peranti di luar sana. Namun perbezaannya dengan Huawei Mate 30 adalah kedudukan kameranya yang berada di atas garisan bulat tersebut. Memang nampak cantik dan futuristik.

Roland juga memberikan spesifikasi Huawei Mate 40 Pro yang menunjukkan peranti ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.76 inci pada resolusi 2772x1344. Untuk korang yang nak tahu sama ada peranti ini didatangi dengan 120hz skrin atau tidak, nampaknya korang kena tunggu pengumuman rasmi dari Huawei sendiri.

Chipset Mate 40 pula menggunakan Kirin 9000 dan ramai yang mengatakan ianya mampu melawan Snapdragon 865. Ia juga mempunyai beberapa variasi mengikut pasaran antaranya adalah 8GB RAM dan 256GB storage. Dan ada beberapa variasi yang khas hanya untuk pasaran negara China sahaja.

Selain design camera bulat di belakang, ada juga gambar yang menunjukkan design octagon. Dikatakan ini akan menggantikan Huawei 30 RS yang dikeluarkan pada tahun lepas. Menggunakan triple camera setup, Huawei Mate 40 dilengkapi dengan kamera belakang 50MP, 20MP ultra wide, dan 12MP telephoto camera. Untuk kamera depan pula, ia dikatakan menggunakan kamera 13MP.

Baterinya pun agak besar, iaitu pada 4,400mAh dan ada fast charging 65W. Apa pun semua ini hanyalah spekulasi dan ‘leak’ dari Roland Quandt. Namun ada juga yang mengatakan ini adalah sebahagian daripada marketing mereka, dengan sengaja mengeluarkan info peranti ini lebih awal untuk menarik minat orang ramai. Apa pendapat korang mengenai phone ni?

Ia akan dilancarkan pada 22 Oktober ini secara Live di Facebook mereka. Jangan miss pulak ya. 

 

 

Destination: