Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Sehingga RM200 Untuk Penumpang

TERKINI
November 24, 2020 - 09:07 AM


Untuk korang yang tak tahu, Malaysia bakal laksanakan 'gelembung perjalanan hijau' atau green zone travel tidak lama lagi untuk membantu memulihkan industri pelancongan negara kita. Bersempena dengan berita tersebut, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd menawarkan tiket penerbangan bersubsidi untuk korang yang ingin melancong ke negeri lain. 

Gelembung perjalanan hijau bermaksud korang boleh travel atau merentas daerah dan negeri yang berada di dalam zon hijau. Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, syarikat mereka tetap optimis industri pelancongan dan perjalanan domestik akan pulih sekiranya setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjaga SOP yang disediakan.

Kempen 'Fly Confidently' yang diperkenalkan adalah untuk memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua langkah kesihatan dan keselamatan telah diambil bagi memastikan penumpang selesa dan selamat untuk travel. Korang yang nak menggunakan Malaysia Airlines boleh menuntut potongan harga RM50 untuk 1 laluan hingga RM200 tau!

Ianya boleh digunakan untuk tambang Kelas Ekonomi atau Perniagaan ke semua destinasi tempatan. Sebagai contoh kalau korang terbang dari Penang ke Kuantan melalui Kuala Lumpur, ia dikira sebagai 2 laluan jadi korang boleh dapat potongan harga sebanyak RM100. Kalau korang beli tiket pergi balik, maknanya RM 200 akan dipotong dari harga tersebut.

Inisiatif ini akan berlansung sehingga 8 Disember 2020. Jadi masa untuk tempah tiket dah tak lama dah guys. Kalau korang ada plan nak pergi travel untuk bisnes atau sekadar berjalan-jalan, bolehlah buat tempahan sekarang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke link ini. 

Sumber: Astro Awani

Destination: