Malaysia Alami Musim Panas Sehingga Pertengahan Mac 2021
TERKINIMalaysia bakal mengalami fenomena cuaca panas seperti yang dialami ketika ini berterusan sehingga pertengahan Mac depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Saimon berkata negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut dan susulan itu taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di Utara Semenanjung.
"Taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
"Pihak kami tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah lebih rendah berbanding tahun lalu.
Suhu tertinggi pada Februari 2021 adalah 36.2 darjah celcius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah celcius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air, mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti di luar dan minum air secukupnya.
Malah, orang ramai juga disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
SIARAN MEDIA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA: CUACA PANAS PADA PENGHUJUNG MONSUN TIMUR LAUT #metmalaysia#kementerianalamsekitardanair pic.twitter.com/YdUZ3pWxH7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 15, 2021
Sumber: Twitter MET Malaysia