Mekah Bina 'Ruang Solat Tergantung' Yang Tertinggi Di Dunia

TERKINI
November 12, 2019 - 11:13 AM


Mekah telah pun memulakan pembinaan sebuah ruang solat tergantung yang tertinggi di dunia!

Berada pada ketinggian 161 meter, kawasan solat tersebut betul-betul menghadap Kaabah dan Masjidil Haram dengan jaraknya cukup dekat untuk mendengar laungan azan dan solat.

Berkeluasan 400 meter persegi, ruang solat tersebut boleh menampung lebih 200 jemaah.

Mengikut perinciannya, kemudahan solat berkenaan terletak pada sebuah jambatan yang menghubungkan antara 2 menara dan menghadap King Abdulaziz Road.

Reka bentuknya dibina untuk memperuntukkan 50 peratus kawasan bagi ibadah solat, manakala baki ruang pula adalah bagi perkhidmatan lain.

Bercakap kepada laman Al-Arabiya.net, perunding yang melakar reka bentuk tersebut, Anas Sairafi berkata kawasan solat itu kini dalam fasa pembinaan dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Jambatan tergantung itu menjalani kajian yang panjang untuk menentukan sama ada ia mampu menahan fenomena iklim dan semula jadi serta selamat ketika menjalani proses pembinaan.

Kajian tersebut juga mengambil masa beberapa tahun, disusuli semakan dan pemeriksaan teliti bagi memastikan ia boleh menahan impak tindakan angin, perubahan suhu, gempa bumi dan perbezaan ukuran tanah di bawah kedua-dua menara berkenaan, pada menara-menara itu sendiri yang dihubungkan oleh jambatan tergantung itu.

Akhirnya, ia diputuskan bahawa rangka struktur besi adalah yang paling sesuai digunakan kerana lebih ringan dan fleksibel pada ketinggian berkenaan.

Menariknya, ada bahagian tertentu kawasan musollah tersebut yang boleh digerakkan ke atau dari salah satu menara-menara tersebut.

Bagi satu lagi bahagian pula, ia hanya boleh digerakkan sehingga 20 sentimeter.

Sumber: Saudi Gazzete


 

Destination: