"Memalukan Sahaja Dia Ni!" Usahawan Terkenal Dikatakan Hina Warga Emas

TERKINI
July 28, 2021 - 06:08 PM


"Siapa Carl Samsudin ini?" ramai orang mempersoalkan siapa hamba disebalik nama tersebut. Usahawan yang terkenal ini disebut-sebut oleh netizen apabila sebuah video tular di media sosial di mana beliau kononnya dikatakan cuba memberi nasihat kepada warga emas tetapi sebaliknya seperti sedang menghina warga emas tersebut.

Carl Samsudin merupakan seorang founder perniagaan busana wanita, Bella Ammara dan produk kecantikan kosmetik, Sugarbelle yang terkenal di seluruh Malaysia. Beliau sebelum ini pernah mencetuskan satu kontroversi bersam blogger, Cik Epal.

Satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Carl sendiri di Instagram peribadinya sebelum dipadam. Tetapi video itu telah tular ke Twitter sebelum dipadam oleh beliau sendiri.

 

 

Antara kata-kata yang disebut oleh Carl ialah “Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul?"

"Masa muda dahulu menyesal tak banyak main?"

Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?”.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God,

“God show me the way how I want to change my life”.

'Pernah tak? What if TODAY is the God send me?” tambah Carl.

Ungkapan dari Carl seolah-olah menghina golongan hidup susah atau miskin ini dan beliau sama sekali dibenteras netizen tanda tidak bersetuju dengan Carl. Begitu banyak tomahan dilemparkan kepada beliau , ada yang nasihat, ada juga yang memaki-maki. Video itu dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

 

 

Buat ketika ini belum lagi sebarang kenyataan official dari beliau. Min faham mungkin beliau tidak berniat untuk menghina, tapi dari kita lihat video itu, caranya salah.

Apa-apa pun min ingin menasihatkan kepada semua orang termasuk diri sendiri, apa yang kita perlu belajar dari insiden tersebut, hormatilah orang tua walau apa pun yang terjadi. Membuat kebaikan itu bagus, menghormati jugak perlu diselit dalam inti kata harian.

Sumber: The Vocket

Destination: