Purata Jangka Hayat Rakyat Malaysia Ketiga Tertinggi Di Asia Tenggara
TERKINISecara purata jangka hayat individu di Malaysia dianggarkan sekitar 76.58 tahun dan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.
Berdasarkan carta yang dikongsi di laman Instagram seasia.stats, jangka hayat penduduk Singapura berada di tangga teratas di Asia Tenggara iaitu sekitar 84.39 tahun.
Ia diikuti rakyat Thailand di kedudukan kedua iaitu puratanya 80.13 tahun. Berada di kedudukan keempat pula adalah rakyat Vietnam (74.90), Brunei (74.61), Filipina (72.40) dan Kemboja (71.60).
Negara Indonesia pula berada di kedudukan keempat ke bawah iaitu jangka hayat penduduknya sekitar 71.24 tahun, diikuti Timor Leste (69.65) dan Laos (69.54).
Sementara itu, berdasarkan perkongsian itu juga Myanmar berada pada kedudukan paling bawah iaitu purata jangka hayat penduduknya sekitar 67.66 tahun.
Sumber dan Kredit: Kosmo Online & Seasia.stats