"FB Acah-acah Islamik, Confirm Syurga Ke?" Azhan Rani Bengang Netizen Herdik & Hina Arwah Adibah Noor

TERKINI
June 20, 2022 - 12:30 PM


Pelakon terkenal, Azhan Rani tampil bersuara gara-gara komen tidak beradab oleh seorang pengguna Facebook berhubung pemergian pelakon dan pengacara terkenal, Adibah Noor.

Menurut Azhan Rani di akaun Instagram miliknya, dia melayangkan pertanyaan akan perbuatan seumpama itu untuk mencari perhatian pada siapa?

“Buat bio Facebook acah-acah Islamik memang pasti syurga? Bukankah hari ini masing-masing kita sedang membina pengakhiran kita.

“Ikut suka kaulah lebai berangan! Bongok kau ini nak kau dedahkan pada siapa sebenarnya? Semoga ada jalan kembali,” katanya.

Terdahulu di ruangan Facebook artikel tersebut, pengguna yang dikenali Badri Abdullah mengherdik arwah, konon ketika hayatnya dia mengabaikan kewajipan agama.

Tiba-tiba pulak, akaun tersebut menyatakan bahawa Badri Abdullah telah meninggal dunia. Sorok dibelakang akaun palsu, lepastu keluarkan kenyataan yang menghina dan tidak sensitif. Moga kau terselamat di kemudian hari.

 

 
Destination: