Moscow Menawarkan Kereta Sebagai Hadiah Untuk Percepatkan Suntikan Vaksin

TERKINI
June 14, 2021 - 12:45 PM


Hampir ke semua negara ingin mempercepatkan proses pengambilan vaksin bagi memerangi penularan COVID-19 agar rakyat dapat hidup seperti semula sebelum di landa wabak ini. Dengan adanya kelompok imuniti ini, ianya dapat memutuskan wabak pandemik yang telah menimpa kita semua sejak Mac 2020.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin membuat pengumuman pada sabtu lalu menerusi laman webnya bagi penduduk yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka berpeluang memenangi sebuah kereta secara cabutan undi. 

Penerangan Sobyanin dalam satu kenyataan beliau berkata sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas dan sudah mendapatkan vaksin dos pertama, layak menyertai undian untuk memenangi kereta bermula dari 14 Jun hingga 11 Julai 2021.

Setiap minggu hadiah akan diberikan satu dengan sebanyak lima buah kereta yang bernilai sekitar 1 juta rubel bersamaan RM 53,404. Ekoran peningkatan jangkitan baru di Moscow dan seluruh negara tersebut dan menyebabkan terhentinya program vaksin ini seketika, tawaran ini bertujuan untuk mempercepatkan proses vaksin.

Memetik laporan One News, terdapat 7,704 kes baru di kawasan Moscow. Jumlah keseluruhan kes ialah 12,505 untuk seluruh negara Rusia buat masa ini. 

 Sumber: Vocket