Muka Justin Bieber Lumpuh Sebelah! Apa Puncanya?

TERKINI
June 13, 2022 - 11:09 AM


Antara berita yang menggemparkan pada hujung minggu lepas. sudah tentu tentang penyanyi Pop dunia  Justin Bieber apabila disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt. Sindrom itu mengakibatkan wajahnya lumpuh sebelah.

Justin terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan dan perkara itu sekali gus mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia. Ya lah kan mana tidaknya, konsert yang bakal berlansung di Malaysia pada bulan Oktober nanti masih menjadi tanda tanya.

Tapi korang mesti nak tahu kan apa sebenarnya sindrom Ramsay Hunt?

Punca

Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air.

Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda.

Gejala

Menurut laman Mayo Clinic, sindrom Ramsay Hunt mempunyai dua simptom utama

1. Ruam merah menyakitkan dengan benjolan berisi cecair di dalam dan di sekeliling telinga.

2. Lumpuh di bahagian muka yang dekat dengan telinga yang dijangkiti.

Biasanya, ruam dan lumpuh muka berlaku serentak. Bagaimanapun, salah satu gejala juga boleh muncul terlebih dahulu.

Jika anda menghidapi sindrom Ramsay Hunt, anda mungkin juga mengalami:

  • Sakit telinga
  • Hilang pendengaran
  • Berdering di telinga anda (tinnitus)
  • Sukar menutup sebelah mata
  • Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
  • Perubahan dalam persepsi rasa atau kehilangan rasa
  • Mulut dan mata kering

Pencegahan

Kanak-kanak kini secara rutin diberi vaksin terhadap cacar air bagi mengurangkan peluang untuk dijangkiti virus cacar air.

Vaksin kayap untuk orang berumur 50 tahun ke atas juga disyorkan.

Difahamkan, rawatan segera bagi sindrom Ramsay Hunt boleh mengurangkan risiko komplikasi, yang boleh merangkumi kelemahan otot muka yang kekal dan pekak.

Destination: