Mulai Ogos 2021, Arab Saudi 'Buka Pintu' Untuk Pelancong Asing Yang Lengkap 2 Dos Vaksin!

TERKINI
August 02, 2021 - 06:42 PM


Wow...ini satu berita baik daripada Kerajaan Arab Saudi!

Mulai 1 Ogos, mana-mana warga asing yang telah lengkap pengambilan dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk mengunjungi negara itu.

Memetik pengumuman Kementerian Pelancongan Arab Saudi di akaun rasmi Twitter mereka pada Jumaat lalu (30 Julai) -- bermula Ogos ini tiada lagi larangan bagi memasuki Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin.

Malah, mereka juga tidak perlu menjalankan kuarantin sekiranya mempunyai sijil vaksinasi.

Bagaimanapun, pelancong asing masih perlu mengambil ujian PCR, 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Sehingga kini, Arab Saudi melaporkan sejumlah 523,397 kes COVID-19 -- sementara 8,212 pesakit telah meninggal dunia.

Arab Saudi memperkenalkan visa pelancong pada September 2019, namun pada Mac 2020 -- pihak berkuasa terpaksa menggantung sementara pengeluaran visa itu berikutan pandemik COVID-19. 

Bagi yang ingin memohon e-visa Arab Saudi boleh melakukannya di pautan ini: http://visa.visitsaudi.com

Sumber: Bernama

Destination: