Budak Langkawi 'Borak Macam Kawan' Dengan Pelancong Arab

TERKINI
April 11, 2019 - 12:57 PM


Pulau Langkawi sememangnya terkenal dalam peta pelancongan dunia.

Mana taknya, setiap tahun pulau legenda itu menjadi pilihan destinasi percutian bagi jutaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Malah, tahun depan dijangka seramai 5 juta pelancong bakal berkunjung ke Langkawi!

Wah, ramainya! Bagus-bagus, boleh tambah pendapatan negara.

Tapi, korang tahu tak sebab ramai sangat pelancong terutama dari negara Arab selalu bercuti ke Langkawi sampaikan sekarang pemandu pelancong di pulau itu pun dah pandai berbahasa Arab.

Buktinya, semalam ada 2 video di Twitter yang dikongsi oleh @munirdinie1 menunjukkan seorang budak kampung di Langkawi fasih berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan pasangan pelancong dari Timur Tengah.

Menurut Munir, video itu dirakam tengah hari semalam di sebuah tempat penternakan ikan sangkar di Kilim, Pantai Tanjung Rhu yang menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Meskipun ada yang mendakwa budak lelaki itu bercakap Arab dalam bahasa pasar namun kecekapannya belajar dan menuturkan bahasa Al-Quran itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipelajari sendiri.

Memang kalau diikutkan banyak pemandu pelancong di destinasi percutian terkemuka, ramai yang pandai bercakap dalam banyak bahasa bagi memudahkan urusan komunikasi dengan para pelancong asing.

Bagaimanapun, usaha kanak-kanak lelaki ini yang pasti masih bersekolah wajar dipuji kerana seawal usianya dia sudah mampu bertutur selaju itu, yang mana orang dewasa pun agak sukar untuk melakukannya.

Dalam sehari sahaja, video ini telah mendapat 12 ribu likes dan lebih 15 ribu retweet serta beratus komen yang kagum dengan bakat semulajadi kanak-kanak berkenaan.