Negara Paling Berbahaya Tahun 2020 Untuk Traveller

PANAS
December 31, 2019 - 04:46 PM


Sebuah peta interaktif tahunan telah mengeluarkan data terbaru tentang risiko perjalanan dan menurut peta berkenaan, negara atau destinasi paling berbahaya untuk travel pada 2020 adalah Libya dan Somalia.

Menurut statistik yang digunakan para pelancong yang kesana bakal berdepan dengan masalah dari segi keselamatan jalan raya, keselamatan dan perubatan.

Sementara itu, negara paling selamat untuk travel adalah Finland, Norway dan juga Iceland.

Menurut kajian berkenaan, Libya dan Somalia menduduki ranking terendah dalam ketiga – tiga aspek yang dinyatakan dan ini juga termasuk Venezuela dan Afganistan.

Untuk aspek kesihatan, risiko paling tinggi terkena jangkitan penyakit atau wabak adalah negara – negara di benua Afrika seperti, Sudan, Republik Afrika Tengah, Niger, Guinea dan lain – lain.

Destinasi paling selamat dari segi kesihatan pula rata – rata dari Eropah, Kanada, US, New Zealand dan dari Asia pula wakilnya Korea Selatan dan Jepun.

Kami cuba tengok status Malaysia dan secara keseluruhan; risiko dari segi kesihatan berada di pertengahan, dari segi keselamatan perjalanan pula adalah rendah, ini bermakna Malaysia diletakkan pada tahap selamat, dan terakhir; keselamatan jalan raya berada pada pertengahan.

Boleh rujuk peta berkenaan di sini.