Wow, Tak Sangka Masih Ada Negara Yang Selamat & Bebas COVID-19

TERKINI
April 01, 2020 - 04:07 PM


Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali -- namun sebenarnya masih ada beberapa negara di dunia terselamat daripada jangkitan wabak tersebut.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, virus itu kini merebak dengan lebih 788,000 kes disahkan di seluruh dunia dan hampir 38,000 nyawa telah terkorban, menurut Johns Hopkins University.

Bagaimanapun, 16 buah negara, sebahagiannya negara Pasifik dan rantau Afrika serta Asia -- tiada kes disahkan setakat ini.

Lesotho

Di Afrika, negara seperti Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat buat masa ini belum melaporkan sebarang kes jangkitan COVID-19.

Turkmenistan

Di Asia pula negara seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Korea Utara masih bebas daripada koronavirus.

Malah, terdapat juga beberapa negara Pulau Pasifik, yang sebelum ini popular sebagai destinasi pelancongan kelihatan belum terjejas dengan virus tersebut disebabkan kedudukannya yang jauh lagi terpencil.

Kepulauan Cook​

Negara itu termasuk Tonga, Samoa, Vanuatu, Kepulauan Cook, Niue dan Tuvalu.

Untuk rekod, COVID-19 kini merebak ke sekurang-kurangnya 178 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tuvalu

Sumber: Bernama

Destination: