New Zealand Buka Sempadan Antarabangsa Pada Akhir Julai Ini

TRAVEL
May 11, 2022 - 04:00 PM


New Zealand akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 11.59 malam, 31 Julai depan.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata langkah itu juga akan menyaksikan kapal persiaran dialu-alukan kembali ke pelabuhan tempatan pada hari sama.

Pembukaan sempadan pada akhir Julai adalah 2 bulan lebih awal daripada jangka masa ditetapkan kerajaan, sekali gus membolehkan pelawat yang memiliki visa boleh ke negara itu.

Menerusi ucapan pada majlis makan tengah hari Business NZ di Auckland, Ardern berkata pembukaan sempadan akan membantu mengurangkan kekurangan tenaga kerja mahir dengan segera, membuka pelancongan dan meletakkan tetapan imigresen pada kedudukan lebih selamat.

"Kami sedang membina rancangan yang terbukti menjamin masa depan ekonomi New Zealand," kata Ardern.

Sumber: Berita Harian

Destination: