Obor-obor Terdampar Di Terengganu - Memang Cantik, Tapi Jangan Dipegang!

TERKINI
March 08, 2021 - 11:37 AM


Untung mereka yang berada di Terengganu, kalau korang pergi ke pantai, korang mungkin akan terlihat obor-obor spesis Velella velella yang dah terdampar di pantai Terangganu sejak beberapa hari lepas. Tetapi, nak nasihatkan pada korang untuk jangan sentuh, dan kalau boleh jauhi obor-obor yang terdampar ini. 

Memang obor-obor ini nampak cantik, dan kalau aku pon mungkin teringin nak pegang, tapi walaupun spesis Velella velella ini tidak menyengat, dan tidak mempunyai ekor yang beracun seperti spesis Portuguese man o’ war yang ditemui di pantai Terengganu awal tahun lepas, tetapi jika disentuh mungkin boleh menyebabkan kegatalan. terutama sekali kepada kanak-kanak. 

Obor-obor spesis ini selalunya ditemui terapung di tengah laut, tetapi mungkin terdampar di pantai-pantai Terengganu kerana dibawa angin dan ombak yang kuat. Antara pantai yang ada obor-obor terdampar ialah Pantai Pandak di Chendering, Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus, dan Pantai Rhu Muda di Marang. 

Kalau korang berada di pantai dan jumpa mana-mana spesis obor-obor, korang boleh maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

Destination: