Pelancong Malaysia Kini Boleh Mohon Visa Semasa Ketibaan Ke Bali

TERKINI
March 07, 2022 - 11:25 AM


Bagi yang dah lama nak bercuti ke pulau pelancongan popular dunia iaitu di Bali, Indonesia -- ini ada satu berita baik untuk anda!

Selain tidak melaksanakan peraturan kuarantin kepada pelancongnya -- Bali juga kini membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini -- VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali serta boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali -- kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.

Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin.

Sumber: Bernama

Destination: