Bali Mungkin Bakal Terima Pelancong Kembali Julai Ini

TERKINI
April 22, 2021 - 04:47 PM


Indonesia kini dalam perancangan untuk membuka semula wilayah Bali bagi menyambut kembali kemasukan pelancong asing mungkin pada Julai akan datang ini. 

Menteri Koordinasi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan berkata, kerajaan mereka turut bersedia untuk menyediakan koridor atau gelembung pelancongan dengan negara lain dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau itu.

Sempadan negara Indonesia ditutup sejak tahun lalu bagi mengekang penularan virus pandemik, dengan pengecualian diberikan kepada mereka yang memperoleh kebenaran daripada kementerian atau institusi Indonesia.

Minggu lalu, pihak berkuasa mengemukakan cadangan mewujudkan 'zon hijau' Covid-19 di Bali, lokasi pelancong boleh melawat dan menginap, namun terdapat syarat bagi negara yang ingin membangunkan koridor pelancongan dengan Indonesia seperti memastikan kadar jangkitan terkawal dan mengekalkan kemajuan proses vaksinasi.

Indonesia juga akan mempertimbangkan menyediakan penerbangan terus yang menghubungkan Bali dengan negara berkenaan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber: myMetro

Destination: