Galak Ketibaan Pelancong Dari Brunei, Malaysia Mudahkan Urusan Visa Ketibaan

TERKINI
August 02, 2019 - 02:06 PM


Bagi meningkatkan ketibaan pelancong dari Brunei, Malaysia telah melaksanakan beberapa kemudahan baharu untuk Visa Semasa Ketibaan (VOA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan pintu masuk Imigresen Sungai Tujuh Miri, Sarawak.

Kemudahan visa tersebut dijangka bakal menggalakkan kunjungan pelancong dari negara yang kaya dengan sumber minyak itu, selain meraih lawatan 40 juta ekspatriat China yang kini berpangkalan di Brunei.

Selain VOA, beberapa syarat juga telah dilonggarkan mulai 15 Julai lalu, termasuk:-

1) Melanjutkan tempoh berada di negara ini daripada 7 kepada 15 hari

2) Bukti memiliki wang dari USD1,000 kepada USD500 dalam bentuk cek kembara, kad kredit, kad debit atau eMoney yang diterima oleh Bank Negara Malaysia

3) Pengurangan yuran kepada RM200 daripada RM330

Dengan inisiatif berkenaan, Miri berpotensi menjana US$4 juta setiap tahun daripada ekspatriat ini, dengan anggaran 10 peratus daripada mereka melawat Miri setiap minggu dan membelanjakan US$200 pada setiap lawatan.

Usaha itu juga diharap mampu menyumbang kepada sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk mencapai 30 juta pelancong dan menjana pendapatan RM30 bilion hasil daripada sektor pelancongan.

Sumber: Astro Awani