Pendaftaran Fasa 2 AstraZeneca Dibuka Untuk 3 Lagi Negeri

TERKINI
May 18, 2021 - 06:56 PM


Selepas kerajaan kita mengeluarkan AstraZeneca (AZ) dari Program Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan ketakutan sesetengah rakyat, vaksin tersebut telah ditawarkan kepada sukarela yang berminat dan ingin mendapatkan vaksin dengan lebih awal. 

Keputusun yang diambil itu mendapat sambutan yang hangat terutama sekali daripada golongan muda yang percaya bahawa kebaikan vaksin buatan UK itu adalah lebih besar berbanding risiko yang perlu ditanggung. Fasa pertama pendaftaran AZ berjaya ditempah habis dalam masa 4 jam. 

Hari ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Fasa 2 pendaftaran vaksin AZ akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei dan kali ini tidak dibuka hanya untuk warga Lembah Klang, malah penduduk di Johor, Sarawak, dan Pulau Pinang turut ditawarkan vaksin tersebut. 

Keempat-empat negeri ni adalah 4 negeri dengan kes harian tertinggi dalam negera. 

HANYA UNTUK WARGA EMAS 

Namun, pendaftaran kali kedua ini hanya dibuka untuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas sahaja yang menetap di 4 kawasan tersebut. Pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang berada di dalam senarai menunggu dari Fasa 1. 

Pendaftaran kali kedua ini boleh dilakukan melalui laman web dan juga klinik kesihatan komuniti yang berdekatan.