Penembak Rambang Di Perm University, Russia

TERKINI
September 21, 2021 - 11:14 AM


Seorang penembak rambang telah menceroboh satu universiti di bandar Perm, Russia. Penembak tersebut telah berjaya dikenalpasti sebagai salah seorang pelajar di universiti itu sendiri. Beliau telah menembak secara rambang dan menyebabkan 6 orang terkorban dan 28 lagi cedera.

Penyerang tersebut didapati mula berjalan masuk ke dalam kampus pada waktu pagi lalu menembak secara rambang. Para pelajar dan pensyarah cuba menyelamatkan diri dengan mengurung diri mereka di dalam bangunan atau bilik dan sementara itu ada juga yang melompat keluar dari tingkap demi menyelamatkan diri.

Berlaku satu insiden berbalas tembakan antara penyerang dan pihak polis menyebabkan beliau terkena satu tembakan lalu ditangkap. Pegawai Konstanin Kalinin, pegawai pertama yang tiba di tempat kejadian dan beliaulah yang bertanggungjawab melucutkan senjata penyerang tersebut yang bukan sahaja mempunyai pistol bahkan sebilah pisau tangan.

Presiden Russia Vladimir Putin menzahirkan salam takziah terhadap keluarga mangsa yang telah kehilangan orang yang tersayang. Ini salah satu peristiwa gelap yang pernah berlaku di Russia kata beliau.

Sumber: BBC News

Destination: