Pengembara Dari 18 Negara Berisiko Dibenar Masuk Malaysia Semula

TERKINI
March 25, 2022 - 01:38 PM


Sebelum ini Malaysia menyekat kemasukan daripada 18 negara berisiko berikutan penularan varian Omicron -- namun bermula 1 April ini sekatan tersebut bakal dimansuhkan.

Ini bermakna pengembara dari negara-negara berkenaan tidak lagi dihalang daripada memasuki Malaysia.

Ia termasuk lapan negara yang telah ditetapkan sebagai negara larangan dikunjungi sebelum ini iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata dalam masa yang sama tiada lagi pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker), permohonan kuarantin di rumah, pengembara melalui program OSC dan MyTravelPass.

Malah, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) akan turut dimansuhkan.

Selain itu, tiada lagi kaunter ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi memperincikan Protokol Am pembukaan semula sempadan negara yang bermula 1 April nanti.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: