Pensyarah Dihukum Penjara Akibat Bersetubuh Dengan Pelajar Demi Gred

TERKINI
January 14, 2022 - 05:45 PM


Sebuah mahkamah di Maghribi menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang pensyarah universiti atas kesalahan menawarkan gred yang bagus untuk hubungan seksual.

Ia merupakan keputusan mahkamah pertama yang dibuat melibatkan skandal seks yang menggemparkan negara Afrika Utara itu.

Defenden yang merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Hassan I di Settat berhampiran Casablanca, didapati bersalah atas dakwaan ‘berkelakuan tidak senonoh, keganasan dan gangguan seksual’.

Lapor media tempatan, empat lagi pensyarah akan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan sama iaitu ‘menghasut untuk melakukan kegiatan tidak bermoral, diskriminasi jantina dan keganasan terhadap wanita’.

Pada 2018, setelah perdebatan selama beberapa tahun, Maghribi meminda undang-undang yang membolehkan pelaku gangguan, serangan, eksploitasi seksual atau layanan buruk dikenakan hukuman penjara. 

Sumber: Utusan