Penutupan Taman Tema Di Johor Tidak Jejaskan Tahun Melawat Malaysia 2020

TERKINI
October 07, 2019 - 12:25 PM


Minggu lalu, dua taman tema di Iskandar Puteri Johor dilaporkan bakal menutup operasinya menjelang akhir tahun ini. Hello Kitty Town dan Taman Tema Sanrio Thomas Town ditutup disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan.

Namun begitu, menurut  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyaraka Liow Cai Tung berkata penutupan dua taman tema ini hanya memberikan impak yang sedikit kepada Tahun Melawat Malaysia (VM2020) dan Tahun Melawat Johor 2020.

Walaupun kedua – dua taman tema tersebut merupakan tempat tarikan pelancong, namun Johor mempunyai pelbagai lagi destinasi pelancongan dan produk pelancongan yang lain dan penutupan taman tema ini adalah dilakukan oleh syarikat swasta dan kerajaan negeri perlu menghormati keputusan syarikat berkenaan.

Dalam masa yang sama, Liow menegaskan selain taman tema, Johor mempunyai pelbagai lagi destinasi dan produk tarikan pelancong seperti pulau, agro-tourism dan eco- tourism. Salah satu daripada 20 destinasi 20 festival yang diketengahkan pada Visit Johor Year 2020 nanti adalah ladang nanas dan kawasan sawah padi yang bakal menarik pelancong luar dan dalam negeri.

 

Destination: