Periksa COVID-19 Secara Online, KKM Lancar ‘Website’ Khas

TERKINI
March 09, 2020 - 10:47 AM


Angka pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 yang bermula di Wuhan, China terus meningkat hari demi hari dan sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kes menjadi 106,444 di 102 buah negara dan mencatat angka kematian sebanyak 3,594 seluruh dunia.

Di Malaysia, situasi masih lagi terkawal walaupun angka membabitkan pesakit berjangkit hampir mencecah 100 orang dengan rekod 24 orang berjaya disembuhkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga hari ini bekerja keras bagi mencegah penularan penyakit ini dengan pelbagai cara. Untuk pengetahuan, KKM ada melancarkan satu laman sesawang bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak sempat ke hospital dan ada tanda – tanda awal untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka secara online.

Pengunjung laman sesawang ini akan disediakan dengan beberapa soalan ringkas tentang rekod perjalanan dan simtom yang dialami dan ini akan membantu sistem bagi mengenalpasti dan memberikan keputusan yang tepat.

Platform yang disediakan dengan kerjasama DoctorOnCall ini bertujauan bagi menyebarkan pelbagai info berkaitan dengan coronavirus selain memberi khidmat tele-kesihatan kepada pesakit yang positif COVID-19.

Bagi anda yang baru pulang dari luar negara, terutamanya negara yang berisiko tinggi seperti Korea, China dan Itali serta mempunyai beberapa tanda seperti susah untuk bernafas dan demam, anda boleh terus ke https://www.doctoroncall.com.my/ bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut atau terus ke mana – mana hospital yang disenaraikan. 

Nilai risiko anda dijangkiti COVID-19 disini 

 

Kaji Selidik Mengenai Trend Melancong Rakyat Malaysia Selepas Berlakunya COVID-19