R Kelly 'I believe I Can Fly' Didapati Bersalah Mencabul
TERKINIPenyanyi terkenal era 90-an, R. Kelly didapati bersalah pada Isnin atas tuduhan mencabul.
Kelly menghadapi tuduhan menjalankan kegiatan jenayah yang berpusat di Chicago dengan menjadikan mangsa untuk tujuan seks secara paksa selain penderaan mental.
Bertahun-tahun, R Kelly berhadapan dengan tuduhan melakukan hubungan luar tabii dan bawah umur bermula dengan perkahwinan tidak sah dengan penyanyi wanita Aaliyah pada 1994 di mana ketika itu baru berusia 15 tahun.
Kelly menghadapi kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad atas jenayah itu. Hukuman dijadual diputuskan pada 4 Mei depan. Kes di New York itu hanyalah sebahagian daripada pertuduhan yang dihadapi penyanyi yang terkenal dengan lagu "I Believe I Can Fly" yang diterbitkan pada 1996.
Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkaitan seks di Illinois dan Minnesota.
Tarikh perbicaraan dalam kes tersebut belum ditetapkan.
Kelly atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly telah dipenjarakan tanpa jaminan sejak tahun 2019.