Restoran Fast Food Terkenal Di America, Taco Bell, Bakal Buka Di Cyberjaya

TERKINI
December 16, 2020 - 06:11 PM


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Restoran fast food terkenal di Amerika, Taco Bell, bakal membuka cawangan pertama mereka di Malaysia. Dan lokasi kedai pertama mereka adalah di Cyberjaya. Untuk korang yang tak tahu, Taco Bell ni fast food di Amerika yang sangat terkenal tau. Kira dah sama level dengan McDonalds dan KFC di sana.

Seperti namanya, Taco Bell menjual taco iaitu makanan ikonik dari negara Mexico. Hampir semua orang di luar negara kenal dengan nama franchise ini. Sebelum ini, Taco Bell pernah bagi hint untuk buka cawangan mereka di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya. Manakala, untuk lokasi di Cyberjaya pula tidak diberitahu kepada orang ramai.

Buat masa ini, terdapat 7 outlet Taco Bell yang terletak di Filipina dan Thailand. Walaupun pernah masuk ke Singapura, namun mereka menutup outlet tersebut pada tahun 2009. Dan kini, Taco Bell sedang melihat potensi pasaran di Asia Tenggara dan ingin membuka beberapa outlet bagi menembusi pasaran di sini termasuklah Malaysia.

Jadi apa pendapat korang dengan berita ni? Sejujurnya, Rileklah dah lama nak cuba makan Taco Bell tau. Yelah, negara kita paling famous pun KFC, Pizza Hut, McDonalds, dan Subway. Selalu tengok watak dalam filem Hollywood teringin pula nak merasai taco tu. Apa pun kita sama-sama nantikan update mengenai lokasi cawangan pertama di Cyberjaya nanti!

Destination: