RM14,000 Wow! PU Riz, Neelofa Kongsi Jumlah Duit Raya Yang Diterima Putera Sulung Mereka

TERKINI
May 10, 2022 - 05:34 PM


Macam kebiasaan setiap kali Hari Raya, mesti semua kanak-kanak teruja nak berkira-kira berapa kutipan duit raya tahun ini. Baru-baru ini, Neelofa kongsi berapa nilai anak sulungnya Muhammad Bilal dapat untuk raya kali ini.

@neelofa

 

♬ Eid Mubarak - Aayat Arif

Yang mengejutkan netizen, jumlah keseluruhannya sebanyak RM14,020. Menerusi video tersebut, beliau dan suami mengira-ngira jumlah duit raya yang diberikan kepada anaknya dan mereka mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi duit raya kepada Bilal.

Sambil mengucapkan syukur, pasangan itu turut menyatakan bahawa ada orang yang berkongsi 1000 Dirham kepada Bilal untuk raya tahun ini, “Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Sejak mempunyai cahaya mata, PU Riz dan Neelofa masih merahsiakan gambar anak mereka. Dalam satu temubual dengan media tempatan, Neelofa memberitahu bahawa tujuan mereka untuk tidak berkongsi kepada umum kerana mahu Bilal tumbuh membesar seperti anak-anak yang lain.

Destination: