Sanggup Bayar RM4,000 Untuk Tengok Biawak?

TERKINI
October 04, 2019 - 09:21 AM


Bayaran baharu yang dikenakan pihak berkuasa Indonesia seperti tidak masuk akal atau hanya mengambil kesempatan apabila menetapkan bayaran USD1,000 bagi pelancong yang ingin melihat biawak komodo di habitatnya di Pulau Komodo.

Harga baru ini ditetapkan selepas kerajaan Indonesia membatalkan hasrat untuk menutup pulau berkenaan sepenuhnya yang dijadualkan Januari 2020.

Penutupan yang bertujuan untuk mengelakkan gangguan pelancong keatas habitat dan musim mengawan biawak berkenaan selain mengelakkan kesan negatif kepada ekosistem pulau Komodo sendiri.

Sebagai langkah pengawalan, lawatan ke Pulau Komodo dibuka kepada pelancong yang sanggup membayar yuran ‘keahlian’ secara tahunan iaitu USD 1,000 atau sekitar RM4,200 +/-. Ini merupakan peningkatan yang sangat drastik daripada hanya USD10 sebelum ini.

Photo Credit : MalloryOnTravel

Selain mempunyai 2,000 orang penduduk tetap, Pulau Komodo menerima hampir 180 ribu orang pengunjung pada tahun lalu dan ini adalah peningkatan yang sangat drastik juga kerana pada 2008, bilangan pelancong ke sana hanya 44,000 orang.

Pulau Komodo merupakan habitat kepada 1,7000 ekor biawak Komodo dan kira – kira 1,000 lagi berada di Pulau Rinca yang berhampiran.

p/s: Skip Komodo, pergi ke Rinca ajelah

- Awani

Destination: