Populasi Biawak Stabil, Pulau Komodo Tak Jadi Tutup

TERKINI
October 01, 2019 - 11:55 AM


Kerajaan Indonesia dalam satu pengumuman mengesahkan bahawa rancangan untuk menutup Pulau Komodo pada tahun hadapan yang hangat diperkatakan sebelum ini dibatalkan.

Menurut Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor B. Laiskodat, rancangan asal sememangnya untuk menutup pulau tarikan pelancong berkenaan seperti yang diumumkan pada Julai tahun ini untuk membolehkan biawak Komodo di kawasan berkenaan membiak dan mengurangkan aktiviti pemburuan makanan biawak berkenaan.

Walaupun begitu, data menunjukkan populasi biawak Komodo di pulau berkenaan adalah stabil sejak sedekad yang lalu. Tiada ancaman pengurangan bilangan reptilia berkenaan di Pulau Komodo menurut Menteri Persekitraan dan Perhutanan Indonesia.

Tambah beliau lagi, kerajaan pusat dan kerajaan setempat harus bekerjasama untuk membangunkan semula dan memberikan ‘nafas’ baru kepada pulau berkenaan selain melatih dan memberikan peralatan yang lebih baik kepada renjer bagi tujuan rondaan.

Lebih 170 ribu pelancong melawat Taman Negara Komodo pada tahun 2018 dan kebanyakannya ke sana hanya untuk menyaksikan biawak Komodo liar berkenaan yang hanya boleh dijumpai di Kalimantan, Indonesia.

Menurut data, sejumlah 1727 biawak Komodo menjadikan Pulau Komodo sebagai habitat mereka manakala sejumlah 1,049 ekor lagi berada di Pulau Rinca.

- The Star

Destination: